Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Nilai Kadar Kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 yang semakin meningkat memungkinkan untuk kes positif baharu naik dengan kadar yang tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Rt terkini dicatatkan paras 1.16 juga memungkinkan untuk kes kematian terus meningkat.

“Nilai Rt negara yang terkini adalah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari mulai menunjukkan tren kenaikan yang lebih mendadak mengikut graf eksponential.

“Kenaikan 1,000 sehingga 2,000 kes baharu sehari adalah tidak mustahil. Kita telah lihat sebanyak 98 kes kematian,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Malah Dr. Noor Hisham berkata, penularan kes positif Covid-19 semakin meruncing sehingga menyebabkan penggunakan katil di hospital yang menempatkan pesakit positif sudah mencecah kira-kira 85 peratus.

“Jumlah dan peratus penggunaan katil di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (data sehingga 29 Mei 2021) mendapati 65 peratus penggunaan katil di PKRC iaitu 27,183 katil, 85 peratus penggunaan di hospital Covid-19 iaitu 10,190 dan 88 peratus penggunaan penggunaan katil di ICU serta 104 peratus bagi penggunaan katil ICU untuk Covid-19.

“Malah 60 peratus penggunaan keseluruhan, 39 peratus penggunaan untuk Covid-19 bagi penggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette