Pesawat Boeing 737-400 milik syarikat IAI-Elta yang disahkan melintasi ruang udara Malaysia pada 17 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang menilai justifikasi kenyataan Kementerian Pengangkutan yang mengesahkan sebuah pesawat Israel melalui ruang udara Malaysia pada 17 Mei lalu sebagai amat mengelirukan.

Kenyataan kementerian tersebut telah menimbulkan persoalan mengenai komitmen keselamatan untuk menghadapi ancaman daripada Israel, khususnya setelah rakyat Malaysia mempamerkan solidariti luar biasa ke atas warga Palestin baru-baru ini.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Artikel berkaitan:Pesawat pengintip prototaip Israel buat apa di Putrajaya?

Mat Sabu tegur kerajaan benarkan pesawat Israel guna ruang udara

Pesawat Israel, mana suara menteri Pas, UMNO? – Shazni

Pesawat Israel, kalau zaman PH tentu sudah kecoh – Anthony

Bahkan pada tahun 2017, Kerajaan Indonesia juga telah menutup ruang udaranya daripada dilalui pesawat Israel yang dinaiki Perdana Menteri negara itu, Benjamin Netanyahu.

Justeru Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat memiliki hak untuk menutup akses ruang udara serta sempadannya kepada mana-mana entiti Israel.

Sehubungan itu, ABIM menggesa pihak kerajaan untuk bertindak lebih tegas bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali. – MalaysiaGazette

Pesawat awam Israel dibenar melalui ruang udara mengikut peraturan ICAO