Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia tidak menyerah kalah dalam menjalankan tugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang bermula tengah malam ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, apa yang dilakukan adalah amanat untuk diri dan penduduk negara ini.

“Kita tidak boleh letih kerana virus Covid-19 pun tidak letih. Apa yang dilakukan kami bukan sahaja untuk masyarakat tetapi juga untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat dalam menjamin keselamatan kesihatan mereka.

“Sentimen sebegitu (letih) perlu dibuang jauh-jauh. Sekiranya kami rasa letih, ia bererti kita tewas, dalam kamus Covid-19 tiada erti tewas dan ia akan terus menyerang kita,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sementara itu, Acryl Sani berkata, pemeriksaan teliti setiap dokumen akan dilakukan pada sekatan jalan raya (SJR) meskipun akan berlaku kesesakan teruk yang mana ia tidak dapat dielakkan

“Justeru itu, saya harap orang ramai yang tidak ada keperluan mendesak untuk bergerak, sebaik-baiknya tangguhkan dahulu pergerakan, sebaliknya beri peluang kepada mereka yang perlu bergerak atas sebab khidmat yang perlu untuk dilaksanakan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast