KUALA LUMPUR – Pengarah terkenal, Michael Ang terus lantang menyelar sikap segenlintir rakyat Malaysia yang ‘bising’ serta tidak berpuas hati dengan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Menerusi Instagram miliknya, dia turut mempersoalkan adakah kerajaan perlu ‘menyuap’ makan tiga kali sehari baru dapat memuaskan hari rakyat.
Ujarnya, sedikit atau banyak bantuan sekurang-kurangnya ada juga bantuan diberikan.
“Apooo kau orang ni, kerajaan dah bantu pun kau orang masih banyak bising dan tak puas hati. Dah dah la, sikit ke banyak ke pertolongan tu tetap pertolongan kan. Takkan nak suap kau orang 3 meals sehari baru kau orang puas hati,” tulisnya.
Sementara itu, Michael secara sarkastik memberikan idea cara lebih baik untuk memberi bantuan kepada rakyat dengan hanya memberi bantuan kepada mereka yang sudah mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19.