KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 7,703 kes positif baharu Covid-19 hari ini naik berbanding 7,105 kes semalam.

Peningkatan itu menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 587,165 kes setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehingga hari ini Selangor kekal mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,728 kes berbanding 2,068 kes semalam.

Ia diikuti Kuala Lumpur (701), Sarawak (588), Negeri Sembilan (586), Johor (554), Kelantan (541), Pulau Pinang (407), Kedah (283), Sabah (254), Pahang (237), Perak (224), Terengganu (224), Melaka (209), Labuan (159), Perlis (7) dan Putrajaya (1), katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Noor Hisham, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan Putrajaya mencatatkan kes terendah iaitu hanya satu kes. – MalaysiaGazette