Butiran baharu bagi wanita mengandung dan menyusu di MySejahtera.

KUALA LUMPUR – Wanita yang mengandung dan ibu menyusu boleh mengemas kini maklumat status masing-masing di aplikasi MySejahtera bermula hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, mereka perlu memasukkan butiran status kandungan atau tempoh penyusuan.

“Janji temu itu nanti bergantung kepada vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu,” katanya di Twitter.

Sebelum ini Khairy mengumumkan ciri baharu akan dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera khas untuk mengenal pasti ibu hamil dan menyusu.

Butiran tersebut terdapat pada bahagian penilian MySejahtera. – MalaysiaGazette