KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 8,209 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini meningkat ke 595,374 kes.
Menurutnya, daripada jumlah kes berkenaan, Selangor menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan kes baharu iaitu 3,125 kes diikuti Kuala Lumpur (801); Johor (752); Sarawak (594); Negeri Sembilan (576) dan Kelantan (414).
Ia disusuli Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594), Negeri Sembilan (576), Kelantan (414), Perak (384), Kedah (373), Melaka (322), Pulau Pinang (303), Sabah (203), Pahang (135), Terengganu (127), Labuan (62), Putrajaya (33) dan Perlis (5).
“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dan Putrajaya menunjukkan peningkatan mendadak dengan 33 kes hari ini berbanding semalam hanya satu kes.
“Negeri terendah yang mencatatkan pertambahan kes ialah Perlis dengan lima kes baharu,” katanya. – MalaysiaGazette