Beh Eng Lai

KUALA LUMPUR – Penghantar makanan e-hailing yang dikenakan kompaun kerana makan secara berkumpulan tanpa penjarakan fizikal.

Namun menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Eng Beng Lai, sebelum itu pihaknya telah memberi nasihat kepada mereka namun tidak diendahkan.

“Kesemua mereka telah diberi nasihat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) namun tidak diendahkan.

“Polis terpaksa mengambil tindakan tegas bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta 342 demi untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengesahkan lapan kompaun telah dikeluarkan ke atas penghantar makanan tersebut pada 1 Jun lalu di sebuah taman permainan Taman Segambut atas kesalahan makan secara berkumpulan tanpa menjaga penjarakan fizikal.

Manakala empat lagi kompaun dikeluarkan pada 2 Jun lalu terhadap empat orang penghantar di sebuah warung kosong yang terletak di Batu 3, Jalan Ipoh, Sentul atas kesalahan yang sama.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan daripada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang merayu budi bicara pegawai penguat kuasa ketika mengeluarkan kompaun kepada pekerja e-hailing. -MalaysiaGazette