Saturday, April 20, 2024
Home Seni Hidup Ayu Raudhah pilih nama Muhammad Aisy Al Jibreel

Ayu Raudhah pilih nama Muhammad Aisy Al Jibreel

Foto Instagram Ayu Raudhah.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha berkongsi wajah dan nama anak lelaki mereka selepas genap seminggu melahirkan cahaya mata kelima.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Ayu meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki zuriat yang sihat dan sempurna yang diberi nama Muhammad Aisy Al Jibreel.

Adik kepada Rozita Che Wan itu turut berkongsi berat badan anak kelima semasa dilahirkan hanya 1.94 kilogram.

Perkongsian Ayu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Muhammad Aisy Al Jibreel yang disifatkan mirip seperti bapanya.