KUALA LUMPUR – Kematian akibat jangkitan Covid-19 bertambah lagi hari ini dengan 109 kes dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes mencecah tiga angka itu bagi empat hari berturut-turut menjadikan angka korban akibat Covid-19 kini berjumlah 3,291 orang.
Seramai 886 pesakit pula enerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dengan 446 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 85,607 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr. Noor Hisham memaklumkan, kes sembuh baharu hari ini pula adalah sebanyak sebanyak 6,105 kes menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sebanyak 521,676 orang.
Terdahulu hari ini, Noor Hisham memmberitahu, sebanyak 7,452 kes positif baharu dilaporkan hari ini di mana 7,444 merupakan penularan tempatan manakala lapan lagi kes import. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: