MGNews: SPM 2021 Bermula Februari Dan Mac 2022 – Radzi Jidin

Peperiksaan bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan bermula pada Mac 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin.

Pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi medium penyiaran pagi ini, beliau berkata, bagi ujian lisan dan amali Sains akan bermula Februari 2022 termasuk yang menduduki Sijil Vokasional Malaysia (SVM)atau setara dengannya.