KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Smart University Blueprint USIM dalam menerajui usaha
mendokumentasikan pelaksanaan ICT yang lebih terancang serta menyeluruh bagi
kampusnya.
Dalam usaha menggerakkan idea transformasi digital ini, sebanyak 5 kluster telah
diperkenalkan iaitu Kluster Smart Governance, Kluster Smart Infrastructure, Kluster
Smart Services, Kluster Smart Learning dan Kluster Smart Lifestyle yang diterajui oleh
beberapa Pusat Tanggungjawab.
Sebanyak 13 inisiatif telah diperincikan dan dirancang bagi menggerakkan
usaha transformasi digital yang diterajui oleh Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib
Canselor, Pemangku Bendahari dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab.
Ia adalah Cashless Campus, Smart Attendance, Learning Space, Dashboard@USIM,
Academia Management System, Interactive Website, Smart Masjid, Smart Health,
Digital Library & Knowledge Management, Flexible Education, Secure and Safety
Campus, Smart Building dan Compliance & yang akan menjadi penanda
kecemerlangan USIM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua.
Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM selaku Ketua Projek
dalam ucapannya berkata, mendepani tuntutan semasa dan jangkauan keperluan masa
hadapan, USIM tidak terkecuali bersaing dalam persekitaran menyediakan kemudahan ICT yang lengkap dan sentiasa terkini.
Bagi meningkatkan ICT dalam era persaingan ini, universiti mesti terus meningkatkan infrastruktur ICT dan kemudahan berkaitan dengan mengenal pasti peringkat perlaksanaan dan keperluan ICT di seluruh fakulti, pusat pembelajaran dan lain-lain yang bersesuaian.
“Sebelum dunia di landa pandemik Covid-19, sebenarnya telah berlaku perubahan
yang besar dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengajian
di beberapa universiti yang berada di negara maju.
;;Mereka menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran misalnya pelajar boleh dapatkan nota syarahan hanya dengan melayari internet tanpa perlu berjumpa pensyarah kerana boleh bersemuka melalui ‘video conferencing’ atau ‘skype’”.
“Kita baru ingin beralih kepada kaedah ini apabila Covid-19 mula melanda negara
yang memerlukan universiti perlu bertukar kepada kaedah pembelajaran secara atas
talian. Keadaan ini sememangnya memberi cabaran yang amat besar kepada pelajar,
pensyarah dan pihak berkepentingan untuk beradaptasi dengan segera pada
perubahan ini dengan pada masa yang sama kita masih mengalami beberapa
kekangan dalam infrastruktur ICT kampus,” menurut Ridza.
Manakala menurut Prof. Madya Ts. Dr. Madihah Mohd Saudi, Ketua Pegawai Maklumat
selaku Pengurus Projek berkata, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan
(SDEC) USIM diberi bertanggungjawab dalam memastikan ekosistem dan infrastruktur
ICT USIM sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan teknologi ICT semasa dan
masa hadapan berjaya memainkan peranannya dengan cemerlang.
Penghasilan blueprint ini diharap dapat dijadikan sebagai garis panduan kepada USIM
untuk merancang dengan lebih strategik dan berfokus dalam mencapai visi dan misi
universiti. Dengan adanya blueprint ini juga dapat memberikan panduan kepada
pelaksanaan penggunaan ICT secara lebih optimum dan efektif dengan bertemakan
Prosumerism as Catalyst for Economic Growth. – MalaysiaGazette















