PUNE – Sekurang-kurangnya 18 orang mati dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kilang kimia di pinggir bandar ini di India semalam.
Kira-kira 37 pekerja terperangkap di dalam bangunan ketika kebakaran bermula sekitarĀ pukul 3.45 pagi waktu tempatan.
Anggota-anggota bomba terpaksa memecahkan tembok di premis berkenaan dalam usaha menyelamatkan mereka yang terperangkap.
Punca kebakaran belum dapat diketahui.
Kilang itu milik SV Aqua Technologies, sebuah syarikat yang membuat produk klorin dioksida yang biasanya digunakan dalam rawatan air.
Ia terletak di kawasan yang dikenali sebagai lokasi perindustrian Pirangut, yang turut menempatkan beberapa kilang lain sekitar 16km (10 batu) dari Pune.
Sebilangan besar pekerja tinggal berdekatan.
Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah atas kematian pekerja dan mengumumkan 200,000 rupee (AS$ 2,800) sebagai pampasan untuk keluarga mereka dan AS$ 690 sebagai pampasan bagi mereka yang cedera. – MalaysiaGazette