forfeiture suit UMNO MCA Najib Razak 1MDB scandal Court of Appeal appeals Palace of Justice
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah memohon untuk mencelah dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak penggunaan kalimah Allah oleh seorang wanita beragama Kristian.

Wanita berkenaan, Jill Ireland Lawrence Bill berketurunan Melanau dari Sarawak sebelum itu mahu menggunakan kalimah Allah bagi tujuan pendidikan agamanya.

MAIWP dan JAINJ bertindak memfailkan permohonan mencelah untuk dimasukkan dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan arahan larangan penggunaan kalimah itu pada tahun 1986.

Perkara tersebut telah disahkan oleh peguam yang mewakili Jill, Annou Xavier ketika dihubungi media selepas pengurusan rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan itu diadakan secara dalam talian hari  ini.

Kata Xavier, mahkamah turut menetapkan 12 Julai ini bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara memfailkan rekod rayuan dan juga bagi pihak-pihak berkenaan memfailkan afidavit masing-masing bagi permohonan pencelah.

Peguam MAIWP, Fakhrul Azwan Abu Hasan ketika dihubungi Bernama juga mengesahkan pihaknya telah memfailkan permohonan pencelahan tersebut sambil mendedahkan ini merupakan usaha kali kedua dalam kes Jill Ireland ini.

Pada 10 Mac lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Abdullah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan juga memutuskan penganut agama Kristian di negara ini juga boleh menggunakan perkataan Kaabah, Baitullah dan solat dalam penerbitan mereka.

Nor Bee Abdullah membuat ketetapan demikian dalam semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill yang mana keputusan itu dilakukan selepas mendapati notis larangan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak sah dan terbatal.

Semakan kehakiman oleh Jill telah berlarutan selama hampir 13 tahun.

Pada 11 Mei 2008, cakera padat berjudul Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah, Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah dan Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di Terminal Tambang Murah di Sepang.

Susulan daripada itu Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah.

Selain itu, wanita tersebut juga meminta relif hak perlembagaan untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill serta memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.

Sejurus selepas itu KDN dan kerajaan memfailkan rayuan pada 15 Mac terhadap keputusan tersebut. -MalaysiaGazette 

ARTIKEL BERKAITAN:

Penganut Kristian boleh guna kalimah Allah dalam penerbitan – Mahkamah Tinggi

 

 

1 Komen

  1. Kalo ngomong indon bisa aja translasi Theos daripada bahasa Greek dalam Bible terawal kepada Allah dong. Indon nggak peduli ilmu nahu bilang Theos adalah kata-nama am maka translasinya harus ilah atau Rabb adalah kata-nama am juga tetapi Allah adalah kata-nama khas ya dong.

Comments are closed.