Gambar terbaharu ustaz Ebit Lew yang dikongsikan di media sosial miliknya.

KUALA LUMPUR – Keberadaan ustaz Ebit Lew yang menjadi tanda tanya warga maya selepas beliau tidak mengemas kini akaun media sosialnya akhirnya terjawab hari ini.

Melalui Instagram, Ebit berkata, beliau dan rombongannya dalam keadaan baik.

”Doakan yer..Alhamdulillah semua dalam keadaan baik..Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata beliau sebentar tadi.

Namun beliau tidak menyatakan lokasi beliau berada sekarang.

Kali terakhir beliau berkongsi pergerakannya semasa tiba di Mesir pada 27 Mei lalu.

Sejak itu sehingga semalam tiada posting terbaharu.

‘Kehilangan’ Ebit dari radar media sosial menimbulkan rasa gusar dalam kalangan pengikut-pengikutnya kerana aktivis ini sering berkongsi aktiviti hariannya.

Ustaz Ebit bersama rombongannya telah berangkat ke luar negara dengan membawa misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Beliau  berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines. – MalaysiaGazette