sex change gender Australia transgender Nur Sajjat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman girdle Nur Sajat auction assets damages compensation court case OWA Resources Sdn Bhd court ruling Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
Nur Sajat

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat merupakan saksi penting bagi memberi keterangan bersabit kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, usahawan berusia 36 tahun itu adalah saksi pendakwaan bagi membantu pihak pendakwa raya dalam kes yang sedang dalam prosiding perbicaraan.

“Muhammad Sajjad dikehendaki polis kerana disyaki telah melarikan diri dan tidak dapat dikesan bagi menghadiri perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

“Beliau merupakan saksi penting bagi memberi keterangan ke atas suspek iaitu seorang wanita tempatan yang dituduh sebelum ini kerana terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, penipuan tersebut membabitkan kad pengenalan milik usahawan itu sendiri.

Semalam media melaporkan Muhammad Sajjad dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan memaklumkan Muhammad Sajjad yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nyah ni pun susah nak cari ke?
    Bila dapat nanti buh dlm lokap lelaki ya..biar kenal dunia

Comments are closed.