Kesemua lima kanak-kanak tidak berdosa itu sudah tidak bernyawa di atas katil di bilik tidur ketika pasukan paramedik memasuki rumah suspek ketika kejadian pada 3 September 2020.- Pix agensi.

BERLIN – Seorang wanita dituduh di mahkamah di sini bagi dakwaan membunuh lima anak kandungnya sebelum cuba membunuh diri.

Tertuduh, Christiane K, 28, didakwa telah memberikan dadah kepada kelima-lima anaknya yang berusia antara satu hingga lapan tahun sebelum melemaskan mereka satu persatu dalam bilik mandi.

Menurut pendakwa raya kes tersebut. Christian kemudiannya didakwa telah pergi ke stesen keretapi Dusseldorf Central dan cuba terjun di hadapan tren untuk membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan oleh orang ramai.

Wanita itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sambil mendakwa kesemua lima anak telah dibunuh oleh individu bertopeng yang memasuki rumahnya semasa kejadian pada 3 September 2020.

Namun dakwaan wanita itu tidak disokong dengan bukti kukuh, kata pendakwaraya.

Perbicaraan kes itu bermula semalam di Mahkamah Daerah Wuppertal.

Wanita itu didakwa terlibat dalam jenayah tragis itu selepas suaminya dikatakan mencari kekasih lain mengakibatkan tertuduh tertekan mentalnya.

Polis memberitahu mahkamah tertuduh terlibat dengan pertengkaran mulut yang serius bersama suaminya sebelum disyaki mencampurkan dos dadah yang tinggi dalam sarapan pagi kesemua lima anaknya untuk memudahkan mereka dibunuh tanpa merasai kesakitan.

Christiane didakwa telah memaklumkan kepada ibunya mengenai nasib kelima-lima anak kecil itu sebelum terlibat dalam cubaan membunuh diri.

Ibu tertuduh melaporkan polis mengenai perbuatan anak perempuannya itu sebelum pihak berkuasa menemui mayat kelima-lima kanak-kanak iaitu Melina 18 bulan, Leonie,2, Sophie, 3, Timo, 6, dan Luca, 8.

Tertuduh Christiane K yag menghadapi kes perbicaraan dakwaan membunuh lima anak kandungnya kerana tertekan dengan tindakan suaminya yang mendapat teman wanita lain semasa kejadian tahun lalu.

Kelima-lima mangsa dibalut dengan tuala dan dibaringkan oleh suspek di atas katil di bilik tidur di rumah mereka di Solingen, North Rhine-Westphalia.

Ketika pasukan paramedik tiba – kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa.

Namun anak sulung suspek bernama Marcel, 11, terselamat daripada menjadi mangsa kerana berada di sekolah ketika kejadian.

Jiran suspek yang terkejut dengan insiden itu dan sedih terhadap nasib lima kanak-kanak tersebut sambil menyatakan dia sudah pasti akan membantu menenangkan suspek dan mengambil anak-anaknya jika tertuduh berkongsi masalah kepadanya.

Jika Christiane disabitkan kesalahan, dia boleh meringkuk seumur hidup dalam penjara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast