worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,738 kes positif baharu Covid-19 direkodkan pada hari ini.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 678,764 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,858 kes.

Ia disusuli Negeri Sembilan (1,086), Kuala Lumpur (641), Sarawak (559), Johor (449), Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184), Kelantan (154), Pulau Pinang (97), Labuan (97), Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30) dan Putrajaya (7).

Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini. – MalaysiaGazette