Jumlah korban akibat positif Covid-19 hari ini sebanyak 60 kes - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat jangkitan Covid-19 bertambah lagi dengan 60 kematian dilaporkan hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah yang terkorban akibat jangkitan wabak tersebut kini sebanyak 4,202 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) turut tinggi iaitu 909 dengan 441 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Bagaimanapun kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 juga bertambah sebanyak 7,530 kes menjadikan keseluruhan yang pulih seramai 608,465,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 66,097 kes.

Terdahulu, beliau menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sebanyak 5,738 kes positif baharu dikesan diseluruh negara sehingga pukul 12 tengahari ini.

Daripada jumlah itu 5,735 adalah penularan tempatan manakala tiga lagi merupakan kes import. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 5,738 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

1 Komen

Comments are closed.