Adam Hamid (kiri).

KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemain muda  mengembangkan sayap profesional dengan menyertai kelab divisyen dua Bosnia & Herzegovina, NK Zvijezda Gradacac.

Adam Hamid, 20, yang beraksi di posisi bek kiri menyertai kelab Liga Pertama itu selepas setahun menimba ilmu bersama skuad bawah 19 tahun FK IMT di Serbia.

Dia yang pernah menyertai gergasi Serbia, Red Star Belgrade, memulakan kariernya selama empat tahun di sekolah bola sepak England dan mewakili English College Hartpury.

“Gembira dapat menyertai NK Zvijezda Gradacac untuk musim 2021/22. Cabaran mengujakan menanti,” kata Adam dalam hantaran di media sosial.

Pasukan Zvijezda Gradacac menamatkan saingan Liga Pertama Persekutuan Bosnia dan Herzegovina musim lalu dengan menduduki tangga kelima menerusi 48 mata.

Difahamkan, Adam yang berlatih di luar negara menggunakan duit ‘kocek’ sendiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast