Ahmad Zahid Hamidi new Cabinet
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO melahirkan kebimbangan dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk membuat pengambilan secara one-off melibatkan seramai 18,702 guru dari graduan pelbagai bidang.

Tindakan itu dianggap tidak bijak kerana umum tahu, graduan pendidikan sedia ada masih ramai menganggur.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian itu wajar mengambil graduan pendidikan terlebih dahulu kerana ada antara mereka menunggu lima hingga enam tahun untuk diserapkan sebagai guru.

“Jangan buat syarat yang keterlaluan sehingga menafikan usaha dan pengorbanan graduan pendidikan ini mahu menjadi warga pendidik.

“Keputusan kerajaan ini menzahirkan banyak persoalan dari kalangan pakar pendidikan, orang awam, malah Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) juga turut bertanyakan hal sama.

“Persoalannya adakah masih kekosongan guru untuk diisi graduan pendidikan baharu pada tahun mendatang?,” soal beliau menerusi hantaran Facebooknya.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin baru-baru ini, yang mahu buat pengambilan khas guru secara one-off membabitkan seramai 18,702 orang tenaga pengajar tidak lama lagi.

Iklan pengambilan itu akan dikeluarkan pada 7 Julai ini dan calon berjaya akan ditempatkan di sekolah pada Oktober ini.

Menurut Ahmad Zahid, selepas begitu ramai guru diambil sekali gus, maka masih ada peluangkah bakal graduan pendidikan menjadi guru dalam tempoh setahun dua lagi?

“Paling menimbulkan persoalan apabila kekosongan jawatan guru lebih 18,000 itu turut dibuka kepada graduan bidang lain.

“Kita berharap keputusan mengenai pengambilan guru secara one-off itu dibuat secara realistik, bukan atas keperluan populis,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Graduan bukan bidang pendidikan boleh jadi guru sementara sehingga diganti oleh graduan bidang pendidikan.

Comments are closed.