Hamilton dalam proses rundingan bersama Pasukan F1 Mercedes untuk menyambung kontrak

LONDON – Lewis Hamilton telah memulakan rundingan bersama Mercedes berhubung kontrak baharunya untuk kekal bersama pasukan Formula Satu itu musim ini.

Juara dunia F1 tujuh kali itu hanya menyambung kontrak selama setahun musim lalu.

Kini dia memberi indikasi beberapa kali yang dirinya sudah bersedia untuk meneruskan kariernya bersama pasukan Mercedes untuk jangka panjang.

“Saya tidak ada banyak untuk dikongsi, kami sedang meneruskan perbincangan dan semuanya positif,” katanya.

Hamilton juga menyatakan sokongan gembira sekiranya pelumba sepasukannya Valtteri Bottas kekal bersama Mercedes.

Pelumba warga Finland itu akan tamat kontrak akhir musim ini dan ketua pasukan Toto Wolff belum membuat keputusan sama ada mahu menyimpan khidmat Bottas atau menggantikannya dengan pelumba Williams, George Russell.

“Buat masa ini Bottas adalah rakan pasukan saya.. kami berdua melalui situasi turun jatuh bangun dalam kerjaya kami tetapi dia rakan yang baik dan saya tak nampak sebarang keperluan menggantikan dia,” kata Hamilton.- MalaysiaGazette