KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,803 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini berbanding semalam sebanyak 5,812 kes.

Selangor masih lagi mencatat bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,108 kes, kata Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan.

Ia diikuti Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329), Pahang (220), Sabah (189), Kedah (186), Pulau Pinang (160), Perak (137), Kelantan (103), Labuan (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) dan Perlis (4).

Sarawak menunjukkan penurunan ketara apabila mencatatkan 491 kes berbanding 673 kes semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast