EMCO Enhanced Movement Control Order Selangor KL Kuala Lumpur Ismail Sabri Yaakob essential services
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di CLQ Gamuda Gardens, Kundang Jaya, Rawang, Selangor berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD turut dikenakan di Taman Murni, Sepang, Selangor bagi tempoh yang sama.

Jelas beliau, turut dikenakan PKPD adalah Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,  CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang, masing-masing di Selangor dan Kampung Tematu, Jalan Batu Kitang, Kuching, Sarawak.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Linukaan, Kota Marudu, Sabah, Flat Taman Benus Jaya, Bentong, Pahang dan Kuarters Pekerja Ladang Mukah 1, Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn Bhd (SPAD), Mukah, Sarawak.

“Turut dikenakan PKPD bagi tempoh sama adalah Flat Taman Benus Jaya, Bentong, Pahang dan tiga lokaliti di Kudat, Sabah iaitu Kampung Timbagan, Matunggong, Kampung Perpaduan Gumpa dan Kampung Perpaduan 2 dan Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau, Sabah.

“Selain itu, Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur Keningau, Sabah dan Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri menambah, pelaksanaan PKPD di semua daerah itu untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan. – MalaysiaGazette