Faiz Fadzil

KUALA LUMPUR – Moratorium pinjaman yang diumumkan bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Isnin lalu, lebih teruk daripada tahun lepas, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil.

Beliau berkata, dahulu tiada sebarang permohonan perlu dibuat, tetapi sekarang rakyat terpaksa memohon untuk menerima moratorium ini.

Bukan itu sahaja, tegasnya, sama seperti dahulu, kadar faedah masih dikenakan sepanjang tempoh moratorium dan ini telah diakui Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Cuma faedah atas faedah dan caj penalti lewat dikecualikan. Ini bermaksud rakyat akan rugi besar dalam jangka masa panjang kerana tempoh pinjaman akan dipanjangkan dengan mengambil kira kadar faedah yang dikenakan dalam tempoh moratorium.

“Tanggungan faedah ini menekan rakyat kerana tempoh bayar balik akan dipanjangkan, barangkali lebih panjang berbanding tempoh enam bulan moratorium.

“Amat menghairankan kenapa konsep moratorium tidak ditambah baik untuk menolong rakyat, walaupun ekonomi semakin parah,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Faiz berkata, tahun lepas, meskipun wujud moratorium, tidak ada satu bank pun yang mencatatkan kerugian, adakah Menteri Kewangan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB tidak prihatin dengan keadaan semasa?

Menurut beliau, secara purata, empat rakyat Malaysia bunuh diri setiap hari dalam tiga bulan pertama 2021 seperti dilaporkan pada 29 Jun lalu.

Katanya, walaupun perniagaan PKS dihimpit teruk dan hidup rakyat semakin tertekan, namun nampaknya situasi “banker jaga banker” masih tidak berubah.

“Mengapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak melaksanakan moratorium seperti negara Hungary yang telah menggantung pengenaan faedah sepanjang tempoh moratorium.

“Bukan itu sahaja, moratorium automatik di negara berkenaan telah berlangsung tanpa henti sejak Mac 2020 dan hanya dijangka berakhir pada Ogos tahun ini.

“Di samping itu, dasar berterusan membiarkan rakyat menggunakan wang sendiri melalui i-Citra juga sesuatu yang membimbangkan melihat kepada situasi semasa simpanan KWSP,” kata Faiz.

Menurut laporan akhbar The Star, Menteri Kewangan berkata, 3.7 juta atau hampir 30 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan terkumpul bawah RM5,000 dalam kedua-dua akaun.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara berkata, sepatutnya kerajaan mengecualikan golongan itu daripada pengeluaran i-Citra, sebaliknya membantu mereka dengan dana kerajaan sendiri.

“Apa akan jadi kepada golongan ini apabila mereka bersara kelak? Jangan biarkan mereka menagih simpati orang ramai dengan mengangkat ‘bendera putih’ pada usia senja.

“Sebab itu, Pakej PEMULIH walaupun diumumkan bernilai RM150 bilion, tetapi hanya melibatkan RM10 bilion daripada dana kerajaan dan ini tidak mencukupi.

“Jika kerajaan terus gagal membantu rakyat sama ada golongan B40 dan M40, rakyat bukan saja hidup susah dan tertekan, ekonomi negara juga akan gagal dirangsang dengan lebih baik sesudah Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi atau KDNK daripada enam peratus kepada 4.5 peratus bagi tahun ini,” katanya.

Katanya, kerajaan perlu segera merangka pelan jangka masa panjang untuk menangani isu berkenaan dan pelan itu harus memperincikan bagaimana golongan terbabit dibantu supaya simpanan KWSP boleh mencecah paras mencukupi ketika mereka bersara kelak.

Antara cara yang boleh dipertimbangkan adalah pelaksanaan pulangan KWSP mengikut kumpulan, misalnya, pada tahun akan datang, golongan B40 yang mempunyai simpanan bawah RM10,000 boleh diberikan pulangan KWSP tahunan yang lebih tinggi berbanding individu lain.

Ini adalah prinsip kebertanggungjawaban bersama supaya negara tidak terjerumus dalam krisis persaraan yang teruk pada masa hadapan, jelas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. hebatnya KERAJAAN GAGAL masih mampu peruntukan besar BERBILION utk bantu rakyat berbanding kerajaan P unah H arapan GAGAL dalam 100 hari dan terus PUNAH selepas 22 bulan,,,,,terpaksa wujudkan TABUNG PUTUS HaraPAN kononya kewangan negara hanya tinggal BAKI RM25JUTA utk BAYAR HUTANG LAMA.
    Berbangga dengan ewallet RM30 mengecilkan PENJAWAT AWAM dan INGIN HAPUSKAN PENCEN tetapi meratapi bila nak jadi PM…GAGAL dan KHIANAT MANDAT RAKYAT kerana MANIFESTO bukan KITAB SUCI untuk diKENCINGKAN.

    JIKA sekelumit kebaikan kerajaan tidak membantu..JANGAN SEGAN ANGKAT BENDERA PUTIH diganti BENDERA HITAM utk menolak atau memulangkan balik untuk digunakan bagi golongan yang MEMERLUKAN,

    Balas
    e78f1021de08428c89882a8269213514?s=50&r=gzz 29 June 2021 at 16:57
    KERAJAAN GAGAL pun tidak angkat BENDERA PUTIH Terus PERUNTUKAN BESAR terasuk jutaan ringgit untuk dVAKSIN PERCUMA….itu pun pelbagai tohmahan oleh anti vaksin dendangan pembangkang vaksin lambat urus yg sedia maklum datang dari luar …..PKRC dan hospital dan frontliner dalam perhatian….TERPAKSA utk berkempen diceruk rantau mengenai vaksin sebagai IKTHIAR menjaga kesihatan dan menyelamatkan nyawa….dan terus berdoa dan tawakal

    P UNAH H araPan pun GAGAL tangani covid di SELANGOR yang maju dan kaya YANG KEKAL JUARA… serta N9 dn PP

Comments are closed.