Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Malang terus menimpa Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tewas 0-2 kepada Pohang Steelers pada aksi pusingan kedua saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Kekalahan kali kedua kepada kelab dari Korea Selatan itu menyukar laluan skuad Harimau Selatan untuk layak ke pusingan 16 pasukan.

JDT kini wajib menang ke atas Nagoya Grampus dan Ratchaburi FC pada pertembungan Ahad dan Rabu ini  sekiranya ingin ke pusingan seterusnya.

Pada perlawanan itu, pengendali JDT, Benjamin Mora kembali menyenaraikan Aidil Zafuan Abd Radzak bagi menggantikan Mauricio Dos Santos namun kelab dari Korea Selatan itu cukup ampuh di bahagian serangan untuk merobek gawang menerusi dua gol pada babak pertama.

Namun Safawi Rasid yang pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama hampir memberi gol awak pada minit ke-16 selepa bola sepakan percuma dari luar kotak penalti melencong dan terkena tiang gol kanan.

Tidak sampai lima minit, Pohang Steelers menghukum JDT lagi apabila bola umpanan Boris Tashti menyaksikan kapten Kang Sang-woo mudah melepasi perangkap ofsaid dan bertindak merembat bola menewaskan Farizal.

Sebaliknya kskuad kendalian Kim Gi-dong berjaya mengekalkan kedudukan 2-0 sehingga tamat perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast