Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan pertambahan bilangan korban akibat Covid-19 dengan 73 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kini sebanyak 5,327 kes.

Menurutnya, bilangan pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) turut tinggi iaitu 905 kes dengan 443 memerlukan bantuan alat pernfasan.

“Kes sembuh baharu hari ini adalah sebanyak 6,278 menjadikan bilangan yang pulih sepenuhnya daripada wabak tersebut sebanyak 694,538 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu Noor Hisham memaklumkan, bilangan kes baharu hari ini kurang hanya beberapa kes berbanding semalam iaitu 6,982 kes.

Daripada jumlah itu sebanyak 6,979 kes merupakan penularan tempatan manakala tiga lagi kes import. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast