Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,658 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 6,982 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif wabak itu kini mencecah 772,607 kes.

Menurut beliau, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 3,047 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan dengan 699 kes dan Kuala Lumpur pula 616 kes.

Hanya Perlis mencatatkan kes satu angka iaitu sebanyak dua kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Manakala Putrajaya dan Terengganu serta Kelantan masing-masing mencatatkan dua angka iaitu 16, 51 dan 89 kes. – MalaysiaGazette