Saturday, December 14, 2024
Home Nasional Majlis Agama Islam Narathiwat siasat dakwaan Timbalan Menteri nikah dalam talian

Majlis Agama Islam Narathiwat siasat dakwaan Timbalan Menteri nikah dalam talian

Gambar hiasan
KOTA BHARU – Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand akan menjalankan siasatan termasuk memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang menjalankan majlis akad nikah secara dalam talian yang didakwa membabitkan seorang Timbalan Menteri di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.
“Kita akan panggil imam itu, untuk dapatkan maklumat, ita akan tanyakan perkara itu, kerana majlis agama tidak bagi kebenaran nikah menggunakan telefon (online), ” katanya menurut laporan Astro Awani.
Abdul Aziz berkata demikian ketika di minta mengulas satu rakaman pernikahan melalui telefon yang didakwa membabitkan seorang Ahli Parlimen Kelantan berserta dua saksi.
Video dan salinan sijil nikah tular di media sosial sejak semalam yang turut mendapat kritikan ramai kerana melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sijil berkenaan antara lain memaparkan tarikh pernikahan pada 1 Jun lepas dengan pasangan yang berusia 20an.
Ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di selatan Thailand tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negara bagi mengawal penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast