KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjadi penjual semula untuk minggu yang berakhir pada 2 Julai, dengan menyaksikan aliran keluar sebanyak RM499.25 juta.
Ini adalah minggu kedua penjualan bersih berturut-turut oleh pelabur asing.
Ketika pasaran dibuka semula Isnin lalu, pelabur asing menjual RM126.69 juta bersih ekuiti tempatan, dengan pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing sebagai pembeli bersih berjumlah RM1103.32 juta dan RM23.37 juta.
MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih setiap hari minggu lalu.
Aliran keluar asing terbesar dicatatkan pada hari Rabu dan aliran keluar terkecil pada hari Jumaat masing-masing RM206.0 juta dan RM28.66 juta.
Menurutnya, bagi peruncit, mereka adalah pembeli bersih setiap hari dalam seminggu.
Pembelian bersih terbesar oleh peruncit direkodkan pada hari Isnin sebanyak RM103.32 juta dan pembelian bersih terkecil adalah pada hari Jumaat kepada RM13.87 juta.
Secara kumulatif, selama seminggu, peruncit bersih membeli sebanyak RM309.56 juta ekuiti di bursa.
Sementara institusi tempatan mencatatkan aliran masuk mingguan kumulatif sebanyak RM189.69 juta.
Firma penyelidikan itu menambah, satu-satunya jualan bersih yang dilakukan oleh institusi tempatan adalah pada hari Selasa sebanyak RM44.32 juta.
Sebaliknya, pembelian bersih terbesar adalah pada hari Rabu sebanyak RM137.39 juta.
Sejak awal tahun 2021, secara kumulatif, pelabur runcit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti bernilai RM8.21b.
Manakala institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih, masing-masing sebanyak RM3.89b dan RM4.31 bilion.
Menurutnya, dari segi penyertaan, pelabur asing mencatat pergerakan mingguan 5.20% sementara, pelabur runcit, dan institusi tempatan