Minister of International Trade and Industry (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. gombak voters suit fiduciary duties
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yakin pelantikan itu akan meningkatkan kestabilan negara dan kemakmuran rakyat.

Dalam masa sama, Mohamed Azmin juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada Hishamuddin yang dilantik sebagai menteri kanan.

“Saya yakin pengalaman dan kewibawaan saudara akan memperkukuhkan kerajaan dan kemakmuran negara,” katanya ringkas.

Semasa awal penubuhan kerajaan PN, Mohamed Azmin dilantik sebagai menteri paling kanan dan tugasnya dikatakan menyamai jawatan TPM.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin jadi menteri kanan

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast