worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Negara menyaksikan sebanyak 7, 097 kes positif harian Covid-19 direkodkan hari ini dan angka terbaharu  itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding sebanyak 7,654 semalam.

Ia sekaligus menyaksikan jumlah kumulatif penularan Covid-19 setakat ini berjumlah 799,790 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, perkembangan terbaharu itu melaporkan sebanyak 4,863 kes sembuh dengan kumulatif 719,678 kes kumulatif atau 90.0 peratus.

“Daripada kes baharu hari ini, sebanyak 26 daripadanya kes import dan selebihnya kes tempatan iaitu 7,071 dan sebanyak 5,521 orang adalah warganegara.

“Sebanyak 74,344 kes aktif direkodkan hari ini dan sebanyak 948 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara 441 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, Selangor terus konsisten dengan jumlah kes harian tertinggi melebihi paras 3,000 kes berbanding negeri lain dengan 3,119 kes baharu dicatatkan hari ini.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 1,005 kes jangkitan Covid-19 pada hari ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes Covid-19 masih lebih 7,000 hari ini, Selangor rekod 3,119