Alica Schmidt.

KUALA LUMPUR – Atlet olahraga Jerman, Alica Schmidt bakal mencuri perhatian ramai di pada Sukan Olimpik Tokyo di Jepun gara-gara memiliki wajah yang cantik.

Berusia 22 tahun, dia sebelum ini pernah diberi gelaran sebagai atlet paling seksi di dunia.

Di Tokyo pada hujung bulan ini, Alicia akan mewakili negaranya dalam acara 4×400 meter.

Dia juga pernah meraih pingat perak ketika Kejohanan Atletik Eropah bawah 20 tahun pada 2017.

Selepas diumum terpilih ke Olimpik, dia ternyata gembira dan turut berkongsi mengenainya ke Instagram.

“Tokyo sedang menunggu. Saya akan ke Olimpik, ” tulis di hantaran media sosialnya.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 24 Ogos hingga 5 September. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast