PUTRAJAYA – Sebanyak 29 kluster baharu dikesan hari ini termasuk 19 di tempat kerja.
Lima lagi adalah kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan tiga kluster pusat tahanan.
Johor merekodkan enam kluster kerja Tapak Bina Jalan Tanjung Puteri, Tapak Bina Selabu, Susur Enam Larkin, Jakan Lombong Dua, jalan Pendas Laut dan PLO Jalan Emas.
Di Sabah tiga lagi kluster kerja dikesan iaitu Jalan Membalua, KKIP Empat Timur dan Balak Penangah, kata Ketua Pengarah Kesihatan hari ini.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, di Selangor, lima lagi kluster tempat kerja dilaporkan iaitu Jalan Dua Salak Tinggi, Industri Perigi Lapan Industri Jalan Perajurit Satu dan Dua serta Industri Taman Ehsan.
Di Kuala Lumpur, dua kluster temoat kerja di kesan iaitu Tapak Bina Jalil Utama 2, dan Jalan Solaris diikuti kluster tempat kerja Industri Lot Q di Terengganu dan Tapak Bina Jalanm Tengku Abdul Samad di Raub dan Jalan Gebeng 2/3 di Kuantan, Pahang.
Kluster Komuniti Sri Bunian dikesan di Pontian Johor, Rebana Jernih di Alor Gajah Melaka dan Kluster Sungai Tajam di Sarikei Sarawak, Taman Grandview di Sandakan dan Putatan Sabah dan akhirnya Sri Rakyat di Cheras, KL.
Manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Jalan Sri Siantan, Klang diikuti Taman Jaya di Cheras dan Titiwangsa.
Sementara kluster Pusat Tahanan Tembok Sri Aman 2, Pagar Serian dan Semuja kesemuanya dikesan di Sarawak.
Kesemua kes indeks bagi kluster-kluster berkenaan berusia antara 22 hingga 75 tahun, dikesan melalui saringan bersasar di tapak binaan, kilang perindustrian, pasar raya, komuniti perumahan.
Angka terbaharu menjadikan jumlah kumulatif kluster bertambah kepada 3,058.
Daripada jumlah itu kluster yang tamat adalah sebanyak 2,188 dan
870 kluster masih dilaporkan aktif. – MalaysiaGazette