Perkongsian awal menerusi Instagram Turkey Local Guides.

KUALA LUMPUR – Gambar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di bangunan ikonik Turki, Hagia Sophia kini menjadi mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menerusi hantaran Instagram Turkey Local Guides, Azmin dilihat merakam foto dengan seorang lelaki dipercayai pemilik media sosial berkenaan.

Namun hantaran awal telah dipadam terlebih dahulu.

Dalam keterangan hantaran itu, lelaki yang bergambar dengan Azmin itu menggelarkan dirinya sebaga Necdet yang juga pemandu pelancong berlesen sejak tahun 2008.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk membawa Mr Muhammed Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia).

“Dia sanggup dan bersabar (meluangkan masa) mendengar kisah-kisah mengenai Hagia Sophia, ” ujar pengendali Instagram itu.

Dalam hantaran sama, pengendali Instagram Turkey Local Guides turut memohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi sebelum ini menerusi keterangan asal hantaran tersebut berkenaan.

Malah, ruangan komen pada posting itu turut ditutup.

“Maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya membuat kesilapan berkongsi informasi salah.

“Ia merupakan delegasi rasmi MITI. Kunjungan ini sebahagian program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.

“Kami dibawa ke sana untuk solat Asar, ” ujarnya.

Azmin kini berada di Eropah untuk lawatan rasmi dan sebelum ini berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete Schramböck. – MalaysiaGazette