KUALA LUMPUR – Kira-kira lapan jam tadi, Menteri Wilayah Persekutuan menerusi Twitternya menularkan tiga keping gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi makan dan bertemu dengan dua pemimpin PKR.
Tujuan beliau posting gambar dengan status, “Makan sedulang memang sedap.. lebih lebih lagi dapat dining di restoran muslim PKP” dengan sindiran untuk menyatakan kepada umum, tiga pemimpin politik itu melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ciapan beliau menerima lebih 400 komen daripada netizen sehingga jam 9.30 pagi ini namun rata-ratanya mengecam dan ‘memulang paku buah keras’ kepadanya atas alasan berbuat demikian kerana mahu ‘membalas dendam.’
Dalam gambar itu, Ahmad Zahid dilihat makan nasi dulang bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul di sebuah restoran.
Manakala dua keping gambar lagi yang juga tidak dinyatakan lokasi menunjukkan Ahmad Zahid dan Saifuddin memegang sebuah buku serta satu gambar lagi mereka bertiga berada di meja makan dipercayai di sebuah restoran.
Tiga latar belakang pertemuan itu tidak dinyatakan tetapi masing-masing berlainan pakaian yang menguatkan pandangan umum bahawa pertemuan itu bukan dalam masa terdekat ini tetapi mungkin ketika pelaksanaan PKP Pemulihan.
“Baru kena kompaun RM2,000 dah tikam kawan,” komen seorang netizen yang memakai nama Dhiyauddin kepada Ahli Parlimen Ketereh itu.
Annuar semalam mengakui dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 oleh polis atas kesalahan melanggar SOP PKP kerana menziarahi mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya selama kira-kira dua jam.
Beliau kemudian menjelaskan pihaknya telah membayar kompaun itu.
Namun, malam tadi, Annuar telah membuat ciapan mengenai pertemuan Ahmad Zahid dengan dua pemimpin kanan PKR namun mengundang sindiran sinis netizen terhadapnya dengan pelbagai tuduhannya.
Ada mengatakan Annuar tidak berpuas hati dirinya dikenakan kompaun dan kalau boleh Ahmad Zahid juga perlu dikenakan tindakan kerana ‘melanggar’ SOP PKP makan di restoran serta mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang.
Selain itu, ada juga netizen menasihatkan menteri itu supaya tidak terlalu bermain politik, sebaliknya memberi tumpuan kepada rakyat di kawasannya yang masih ramai hidup dalam kemiskinan dan kesempitan.
Seorang netizen, Aziz Mohamad pula meninggalkan komen bahawa Annuar seorang yang tidak boleh dibuat kawan kerana jika bergaduh, habis semua cerita didedahkannya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH….SIAPA ZAHID…AKUI AUDIO DENGAN NUAR DAN MAKAN BERDAMAI TU.
Nuar hati busuk..ko bgtau lah bila tarikh jamuan tu? Ko sebagai menteri muka tak tau malu…langgar SOP sampai 2 kali…buat muka bodoh jaaa…muka tak malu! letak jawatan lah musibat