Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rata-rata pengguna media sosial merungut apabila mereka gagal mengakses aplikasi MySejahtera.

Warganet di Twitter mendakwa aplikasi itu tidak boleh diakses untuk mereka memeriksa tarikh vaksinasi mereka dalam aplikasi tersebut.

Menurut Syafiq Sidek, aplikasi MySejahtera itu mengalami gangguan sistem.

“mysejahtera xde dalil. error 404,” katanya di Twitter.

Nada sama turut disuarakan seorang lagi pengguna Twitter, Aten di Twitter beliau.

Beliau berkata aplikasi MySejahtera dalam telefon pintarnya gagal untuk mempamerkan tarikh dok keduanya, hari ini.

“Pi cucuk vaksin nak scan mysejahtera tapi tak lepas app buat hal haishhhh risau la takut date dos 2 tak keluar,” katanya.

Malah ada yang ‘tag’ Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi mengetahui punca sebenar permasalahan itu.​

“Hi admin. Saya ada DM admib. Tak boleh login mysejahtera tapi ada appointment vaksin hari ni pukul 2. Macam mana ye? Boleh terus datang atau tidak?, tanya beliau di Twitter.

Setakat berita ini ditulis, JKJAV masih belum memberikan apa-apa penjelasan mengenai permasalahan itu.

Temujanji dos pertama Shasha dalam aplikasi MySejahtera telah dibatalkan.
Temujanji dos pertama Shasha dalam aplikasi MySejahtera telah dibatalkan.

Menurut Shasha, temujanji dos pertama beliau dalam aplikasi MySejahtera telah dibatalkan walaupun telah menerima vaksin itu semalam.

Ujarnya, beliau telah memanjangkan perkara itu kepada PPV, namun tiada jawapan diberikan.

“Semalam dah dapat dos pertama. dah cucuk dah pun. tapi bila buka MySejahtera tetiba kata unable utk datang appointment.

“Kenapa jadi macam ni ya? saya call pihak vaksin area saya, semua tak angkat. macam mana ya? soal beliau lagi. – MalaysiaGazette