Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Kewangan bahawa Malaysia akan menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini kepada sekitar 4% daripada unjuran 7.5% pada Bajet 2021 tidak mengejutkan.

Ini kerana, ekonomi dan mata pencarian pekerja dan perniagaan terjejas teruk disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh yang dilaksanakan sekarang berikutan kegagalan kerajaan mengawal lonjakan jangkitan dan kematian Covid-19, serta kegagalan melaksanakan kadar vaksinasi yang cepat dan lancar, dakwa Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu menjangkakan ekonomi Malaysia pada tahun ini lebih kecil berbanding 2018 berdasarkan dengan unjuran yang dibuat oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini.

Menteri Kewangan itu meramalkan defisit fiskal akan meningkat berbanding unjuran 5.4% dalam Belanjawan 2021 kepada 7.5% dan semakan siling hutang daripada 60% sekarang kepada 65%.

Dakwanya, prestasi ekonomi selama 18 bulan ini adalah lebih buruk berbanding mana-mana kerajaan sebelum ini.

”Isu sebenar yang tidak dijelaskan adalah 8 pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion yang tidak berkesan untuk mengeluarkan ekonomi dari kemelesetan ekonomi, menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi.

”Adakah kegagalan pakej bantuan kewangan berjumlah RM530 bilion ini disebabkan oleh penyimpangan dalam pelaksanaan, kegagalan untuk mengenakan moratorium pinjaman bank tanpa faedah atau kurangnya keberanian dalam memperuntukkan suntikan dana langsung berjumlah hanya RM83 bilion?,” soal beliau.

Atas sebab ini, kerajaan perlu membahaskan sepenuh mengenai Ordinan Darurat, Pelan Pemulihan Negara dan perbelanjaan belanjawan seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada sidang Parlimen tidak lama lagi bagi memastikan Parlimen melancar dan menggerakkan usaha keseluruhan masyarakat untuk memenangi pertempuran melawan Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. bila APEK Tabung P unah H araPAN BERSUARA….skrg masih ada baki rm250JUTA TIDAK MAMPU naikkan gaji P A/pencen P A mesti dihapuskan/jawatan P A pun kecilkan…baru kami boleh turun harga minyak/ptptn dimansuhkan/tol PERCUMA dan paling HEBAT BRIM dihapuskan GST juga dan kami ganti BSH dan ewallet rm30 UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT…

Comments are closed.