Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Jeff Lee sumbang bakul makanan untuk penduduk sekitar Selayang.

KUALA LUMPUR – Tersentuh dengan keadaan bangunan pangsapuri kos rendah Taman Wilayah Selayang Fasa 4 yang usang, syarikat hartanah terkenal, pemaju hartanah, JL99 bercadang untuk melakukan pembangunan semula kawasan perumahan itu.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee berkata, beliau terkesan dengan keadaan bangunan itu yang berusia lebih 30 tahun.

“Saya tidak tahu tentang keadaan flat ini sehingga datang sendiri ke lokasi ini apabila mendapat panggilan ada ramai dalam kalangan penduduk yang memerlukan bantuan bakul makanan inisiatif JL99 yang kita sedang edarkan ketika ini.

“Apabila saya datang, saya terkejut melihat keadaan cukup daif dan usang ini, perlu ada pembangunan semula dan saya ingin diberikan peluang kerana mahu berbakti kepada penduduk di sini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bakul makanan kepada 10 buah keluarga di Pangsapuri Taman Wilayah Selayang Fasa 4 semalam.

Menurut Lee, walaupun projek tersebut akan melibatkan kos besar, namun ia merupakan cara beliau menyumbang kepada masyarakat iaitu menerusi pengalaman kumpulan tersebut.

Tambah beliau, sebelum ini Kumpulan JL99 terlibat dengan pembangunan semula flat Razak Mansion.

“Ini bukanlah satu proses yang mudah tetapi boleh dilaksanakan demi kebaikan semua sekiranya mendapat persetujuan dari semua pihak termasuklah Kementerian dan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) serta penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Lee berakata, pihaknya telah memperuntukkan bekalan asas dan wang tunai bernilai sebanyak RM100 bagi setiap penduduk yang tinggal dalam radius tiga kilometer dari Galeri Jualan Residensi 99 di Taman Wahyu, Kepong.

Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Jeff Lee sumbang bakul makanan untuk penduduk sekitar Selayang.

“Kita datang ke flat Taman Wilayah Selayang 4 selepas mendapat tahu ada ramai kalangan penghuninya mempunyai pelbagai isu termasuklah penyakit kronik antaranya kanser, OKU dan banyak lagi.

“Rata-rata mereka ini sebenarnya sedang menderita malah untuk makan sesuap nasi pun mereka susah, pendapatan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita susah hati tengok keadaan mereka,” uajrnya.

Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Jeff Lee sumbang bakul makanan untuk penduduk sekitar Selayang.

Menurut Lee, sumbangan tersebut akan diteruskan dan ia bergantung kepada kemampuang kewangan syarikat. -MalaysiaGazette