Ibrahima Konate.

LONDON – Pemain baharu Liverpool, Ibrahima Konate berazam mahu mengukuhkan benteng pertahanan kelab itu bagi musim baharu ini.

Konate menyertai The Reds pada harga 36 juta pound (RM209.12 juta) dari RB Leipzig dalam usaha skuad kendalian Jurgen Klopp mahu melupakan kempen 2020-21 yang suram.

Konate dijangka bergandingan dengan Virgil Van Dijk yang semakin cergas selepas terpaksa melupakan sebahagian besar musim lalu akibat kecederaan.

Bek berusia 22 tahun itu akan menggantikan Georginio Wijnaldum yang berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG). – MalaysiaGazette