Kim Jong Un. foto Reuters

PYONGYANG – Media Korea Utara mendesak golongan mudanya tidak menggunakan bahasa slanga dari Korea Selatan sebaliknya menyuruh mereka bertutur dalam bahasa standard Korea Utara.

Golongan muda juga diberi peringatan agar tidak menggunakan fesyen, gaya rambut dan muzik Korea Selatan.

Larangan itu adalah sebahagian daripada undang-undang baharu yang bertujuan untuk menangani pengaruh asing, dengan hukuman yang keras.

Mereka yang didapati melanggar undang-undang boleh menghadapi hukuman penjara atau bahkan hukuman mati.

Akhbar Rodong Sinmun memberi amaran kepada golongan muda mengenai bahaya mengikuti budaya pop Korea Selatan.

“Penembusan ideologi dan budaya lebih berbahaya daripada musuh yang membawa senjata,” menurut artikel tersebut.

Ia menekankan bahasa Korea berdasarkan dialek Pyongyang lebih unggul dan orang muda harus menggunakannya dengan betul.

Korea Utara baru-baru ini berusaha untuk membasmi slanga Korea Selatan, misalnya seorang wanita memanggil suaminya “oppa” – yang bermaksud “abang” tetapi sering digunakan untuk merujuk kepada teman lelaki.

Pengaruh asing dipandang sebagai ancaman terhadap rejim komunis Korea Utara dan pemimpin tertingginya, Kim Jong-un.

Jong-un baru-baru ini melabel K-pop sebagai “barah ganas” yang merosakkan pemuda Korea Utara, menurut New York Times.

Sesiapa yang ditangkap dengan sejumlah besar bahan media dari Korea Selatan, Amerika Syarikat atau Jepun kini akan dikenakan hukuman mati.

Manakala mereka yang tertangkap kerana menonton akan dikenakan penjara selama 15 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast