Gazidis

ROM – Ketua Eksekutif AC Milan, Ivan Gazidis didiagnos megidap kanser tekak.

AC Milan dalam satu kenyataan  mengesahkan perkara membabitkan bekas Ketua Eksekutif Arsenal itu.

Menurut AC Milan, Gazidis, 56, akan kembali pulih sepenuhnya dari penyakit itu kerana akan menjalani rawatan rapi.

Bagaimanapun sepanjang proses rawatan, tugas dalam pengurusan kelab dijangka diteruskan oleh Gazidis.

Gazidis telah bersama Gunners selama 10 tahun sebelum berhijrah ke Milan pada 2018.

“Memang kanser tekak tidak dapat dijangkakan tetapi ia boleh dirawati dan dipulihkan.

“Saya mempunyai pakar perubatan berkelas dunia dan sokongan dari semua insan tersayang di kelab ini memberi semangat kepada saya untuk menjalani rawatan pemulihan untuk kembali sihat,” kata Gazidis.

Milan juga mengesahkan bahawa Gazidis menyatakan komitmennya untuk tetap meneruskan tugas di kelab meskipun menjalani rawatan kanser.-MalaysiaGazette