Negara hari ini sekali lagi mencatatkan kes korban tertinggi Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 199 kematian dengan 84 daripadanya di Selangor.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Negara hari ini sekali lagi mencatatkan kes korban tertinggi Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 199 kematian dengan 84 daripadanya di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, sebanyak 57 kes yang sama di Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah dan tujuh di Negeri Sembilan.

Selain itu, masing-masing enam kes di Johor dan Pahang, tiga di Terengganu, dua kes di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan serta masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, kes kematian akibat positif Covid-19 sudah mencecah 7,440 kes.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, sejumlah 7,902 kes sembuh telah direkodkan hari ini.

Dengan itu jumlah kes kumulatif sembuh adalah pada paras 806,857 kes.

Daripada 11,985 kes positif yang dilaporkan awal hari ini, tujuh daripada adalah kes import.

Dr. Noor Hisham juga berkata, daripada 11,985 kes itu, 927 kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada kes positif hari ini, 65 kes dikategorikan dalam kategori lima jangkitan dengan jenis kritikal menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 45 kes dalam kategori empat dengan klasifikasi memerlukan bantuan oksigen, 178 kes kategori tiga dengan mengalami radang paru-paru, 5,847 kes kategori dua dengan hanya bergelaja ringan dan 5,850 kes kategori satu dengan tiada gejala. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Kes positif 11,985, separuh direkodkan di Selangor

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.