Presiden IOC, Thomas Bach. Foto Agensi.

TOKYO – Australia mencipta sejarah apabila akan menganjurkan Sukan Olimpik kali ketiga selepas Brisbane dipilih sebagai tuan rumah selepas Melbourne dan Sydney.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mmengumumkan tuan rumah temasya edisi ke-35 Olimpik selepas undian di sini.

Pengumuman itu disambut sorakan oleh delegasi Brisbane dan penduduk bandar itu yang menunggu keputusan berkenaan turut meraikannya dengan pertunjukan bunga api.

Kejayaan Brisbane itu sudah dijangka selepas menjadi calon tunggal yang menawarkan diri menjadi tuan rumah 2032 selain mendapat sokongan padu 15 ahli Lembaga Eksekutif IOC, bulan lalu.

Keputusan itu bermakna IOC sudah menetapkan tiga tuan rumah temasya terbesar dunia itu dengan Paris akan mengelolakan pada 2024 dan Los Angeles (2028)

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.