Houssem Aouar.

LONDON – Arsenal sudah bersedia berbelanja bagi perpindahan musim baharu yang melepasi jumlah £100 juta.

Terbaharu, pemain Lyon, Houssem Aouar dikatakan sedang menuju ke kelab itu untuk menguatkan barisan tengah The Gunners.

Rundingan antara kedua pihak kini rancak dijalankan dengan harga £25 juta (RM100 juta) dikatakan menjadi nilai pembuka.

Aouar, 23, sudah lama berada dalam radar Arsenal, malah sebelum Mikel Arteta menjadi pengurus lagi.

Pemain Perancis itu merupakan pemain tengah yang dianggap sesuai dengan sistem permainan yang cuba diterapkan oleh Arteta.

Selain daripada Aouar, Arsenal turut memburu dua lagi bintang England iaitu James Maddison dan juga Tammy Abraham.

Sebelum ini Arsenal sudah mendapatkan Ben White dengan nilai £50 juta dan juta. Kemudian mereka mengesahkan pembelian Lokonga dengan nilai £18 juta.

Seterusnya Arsenal turut berjaya mendapatkan Nuno Tavares dengan nilai sekitar £7 juta.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast