Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memeluk bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff yang hadir untuk memberi sokongan selepas bekas Menteri Belia dan Sukan itu dijangka akan didakwa berhubung penyelewengan berjumlah lebih RM1 juta wang peruntukan sebuah parti politik di Mahkamah Sesyen Rasuah, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya memperoleh sebanyak RM715, 573.77 hasil dana awam bagi membantunya membayar kos guaman dan wang ikat jamin sebanyak RM330,000.

Kutipan tersebut berjaya diperoleh dalam tempoh 24 jam, serentak itu kutipan tabung berkenaan telah ditutup.

Ahli Parlimen Muar itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyumbang sambil menyifatkan beliau terhutang nyawa kepada Malaysia dan selama-lamanya berhutang.

”Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

”Saya tidak akan berhenti sehingga kita berjaya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Malaysia merupakan setiap rakyat bangsa sebagai sebuah RUMAH. RUMAH kita,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam perkongsiannya, Syed Saddiq turut berkongsi hatinya tersentuh apabila ada seorang pakcik datang ke pejabatnya.

”Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM100 ke saya.

“Saya rasa nak menangis. Pada saat ini, mengingatkan semula  mengapa saya menyertai politik,” ujar beliau.

Beliau sekali lagi menegaskan, pembabitannya dalam politik bukan kerana jawatan atau wang, tetapi untuk membina Malaysia yang maju dan bermaruah.

”Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan.

”Tiada ancaman. Tiada ugutan. Tiada tawaran yang akan melemahkan tekad saya untuk meletakkan Malaysia yang pertama.

”Saya di sini kerana rakyat. Jatuh bangun di tangan rakyat. Terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua,” ujar pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). – MalaysiaGazette

Syed Saddiq lancar tabung bayar kos guaman, ikat jaminnya

2 Komen

  1. TERINGAT LAUNGAN REFORMASI….sekarang jadi REFOR BASI….dan LAUNGAN ANWARFIKUN…kita LAWAN TETAP LAWAN …akhirnya LONGLAI dan diMANDULKAN sendiri….bila tunduk pada Mahathir PADA PRU14…AKHIRNYA MAHATHIR tikam balik….sandiwara

  2. Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan… baru kena denda dok merayu minta duit… Rm700k pi bagi kat rakyat marhaen lagi ada keberkatan..

Comments are closed.