Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kempen dana awam bagi membantunya membayar kos guaman dan wang ikat jamin sebanyak RM330,000.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kempen dana awam bagi membantunya membayar kos guaman dan wang ikat jamin sebanyak RM330,000.

Beliau memuatnaik poster berkenaan di media sosianya malam tadi dan perkara yang sama dilakukan oleh media sosial Parti Muda.

Malam tadi Syed Saddiq sekali lagi menegaskan dia tidak bersalah atas tuduhan rasuah dan meminta penyokongnya menyumbang kepada dana berkenaan.

Semalam, bekas menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta.

Bagi tuduhan pertama, Syed Saddiq dituduh menyalahgunakan wang Bersatu itu melalui cek CIMB Bank, di CIMB Bank, KL Sentral, Kuala Lumpur, pada 6 Mac tahun lalu.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan dana yang dikumpulkan Armada bernilai RM120,000 yang sepatutnya digunakan pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas kedua-dua tuduhan berkenaan.

Mahkamah membenarkan Syed Saddiq diikat jamin sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tuduhan.

Bagaimanapun hakim membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk membayar RM80,000 daripada ikat jamin itu semalam manakala bakinya dilunaskan selewat-lewatnya Selasa depan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Takut jugak… ingat hebat sangat.. duduk la semalam dua.. jadi pengalaman nak cerita masa kempen yang saya pernah dok dalam penjara..

  2. Napa la tak suruh lawyer mohon kurang nilai ikat jamin? Cerita kat hakim psl elaun menteri yg kamu tak ambil demi rakyat tu, kot2 hakim boleh kurangkan ikat jamin.
    Skang kena mohon dr rakyat pulak. Apa apa pun moga berjaya. Parti Muda tentu ada barisan penaja sendiri yg boleh bantu.

  3. berkokok macam ayam jantan HERO TAMIL SIANG MALAM….semua pihak salah dan rasuah tapi diri sendiri terkena balik….cukuplah TERTIPU dengan TABUNG P unah H aramPAN yang DILANCARKAN oleh Apek menteri kewangan..diSOKONG oleh meLAYU . akaun negara hanya tinggal rm250juta utk tadbir negara TIDAK CUKUP bayar hutang dan negara muflis…..TETIBA MINTA TABUNG….cakap rm250000 wang sendiri di rumah…campur gaji jadi menteri dan elaun ahli parlimen macam tak cukup….
    xpe peguam2 dan Ngo DAPIGS boleh settle

    MAAFLAH SANDIWARA mu SADIQ……rakyat sendiri ramai yang menagih bantuan

Comments are closed.