Shahril Hamdan Formula Rafizi
Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR – Suatu penjelasan perlu dibuat segera berhubung pembatalan enam Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu bagi mengelak kekeliruan.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menegaskan, masih wujud kekeliruan berhubung status darurat sebagaima yang diumumkan sebelum ini.

“Adakah proklamasi kekal sehingga 1 Ogos tetapi ordinannya sahaja yang batal?

“Bilakah keputusan pembatalan ini dibuat. Adakah telah diperkenan oleh Yang Di-pertuan Agong? soalnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook beliau hari ini.

Shahril berkata, di sebalik semua kekeliruan itu suatu yang jelas ialah beberapa keputusan besar sebelum ini seperti pelaksanaan sidang Parlimen kali ini pun didesak berkali-kali oleh pelbagai pihak termasuk UMNO.

Setelah desakan dibuat, akhirnya barulah sesuatu tindakan diambil dan ia dilihat seakan tergesa-gesa, katanya.

Tambah Shahril Hamdan, apa yang berlaku bermakna selama lima hari rakyat tidak diberitahu undang-undang dan sistem apa yang beroperasi dalam negara.

“Bagaimana kesahihan segala tindakan selama lima hari ini baik kompaun, denda dan lain-lain perihal pentadbiran negara yang berlandaskan andaian bahawa undang-undang darurat masih terpakai?

“Dalam perbahasan tadi kita mendengar bahawa Perlembagaan memperuntukkan bahawa sebarang Ordinan Darurat mesti dibentang kepada Parlimen, melainkan ia dibatalkan lebih awal.

Adakah mengelak prosedur perbahasan ini menjadi sebab pembatalan dibuat awal, sedangkan semalam kenyataan rasmi UMNO jelas mahu membahas dan membatalkan ordinan darurat? “soal beliau lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Darurat tidak akan disambung – Takiyuddin