Bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih pada minggu yang berakhir pada 23 Julai lalu dengan menyaksikan aliran keluar berjumlah RM147.87 juta.

Ini adalah penjualan buat minggu kelima berturut-turut oleh pelabur asing namun kadar jualan menurun sebanyak 17.6% berbanding minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, ketika pasaran dibuka pada Isnin lalu, pelabur asing membeli sebanyak RM7.97 juta ekuiti tempatan.

Manakala pelabur institusi pula menjual sebanyak RM105.99 juta tetapi pelabur runcit bertindak sebagai pembeli bersih dengan nilai RM98.02 juta.

Pelabur asing kembali bertindak sebagai penjual pada hari Rabu dan Jumaat.

Aliran keluar asing terbesar direkodkan pada hari Rabu dan terkecil
pada hari Jumaat masing-masing sebanyak RM146.95 juta dan RM41.61.

Sementara itu, pembelian bersih terbesar pada hari Khamis berjumlah
RM32.72 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur runcit adalah pembeli bersih setiap hari minggu lalu dan pembelian terbesar direkodkan pada hari Isnin dengan jumlah RM98.02 juta.

Pembelian terkecil pada hari Jumaat sebanyak RM6.98 juta.

Secara kumulatif, pelabur runcit membeli sebanyak RM154.68 juta ekuiti tempatan di Bursa Malaysia.

Sementara itu, pelabur institusi tempatan mencatatkan jualan bersih mingguan terkumpul RM6.80 juta.

Katanya, pelabur institusi menjadi penjual bersih pada hari Isnin
dan Khamis dengan jualan bersih terbesar pada hari Isnin sebanyak RM105.99 juta.

Sejak awal 2021, secara kumulatif, pelabur runcit adalah satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti dengan jumlah RM8.71 bilion manakala pelabur institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual, masing-masing sebanyak RM3.75 bilion dan RM4.96 bilion.

Pelabur runcit dan institusi tempatan serta pelabur asing menyaksikan pergerakan penglibatan mingguan sebanyak 10.82%, 16.58% dan 11.38% dalam nilai purata dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast