SEREMBAN – Negeri Sembilan telah mencapai 100 peratus pendaftaran penduduk berusia 18 tahun ke atas untuk suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata, jumlah pendaftaran 815,980 orang itu menunjukkan penduduk di negeri ini menyedari kepentingan vaksin sebagai instrumen melawan wabak COVID-19.
“Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kadar vaksinasi meningkat dan imuniti kelompok dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini 199,526 penduduk di negeri ini telah lengkap menerima vaksin. – Bernama